Pernah memenangi anugerah Album Terbaik di Acara Anugerah Industri Muzik 2022, yang juga merupakan penyanyi hip hop terkenal iaitu Yonnyboii meluaskan lagi karya terbaharu, berjudul ‘Persona’.
Lebih menarik lagi, sumber bagi menghasilkan album baharu tersebut adalah daripada penerimaan trofi dan geran Dana Kandungan Digital berjumlah RM200,000 dari MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital melalui anugerah berkenaan.
Dalam pada itu, salah satu rancangan pemasaran yang bakal diadakan dalam sebuah majlis pelancaran album yang istimewa pada 7 Oktober ini dan bertempat di Putrajaya Challenge Park-Skatepark bermula pada jam 4 petang.
Bakal melakar satu sejarah hebat, Yonnyboii merupakan penyanyi pertama mengadakan pelancaran album dengan skala gergasi serta ramai dijangka bakal meluangkan waktu di acara itu.
Pernah tercalon di dalam anugerah muzik paling berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu, Yonnyboii berkongsi tentang perjalanannya dalam mencari jati diri yang sebenar melalui album Persona.
Tambahnya lagi, album ini turut menceritakan bagaimana dia mencari bunyi yang merupakan identitinya sendiri malah menggambarkan personanya dalam setiap lagu walaupun berlainan variasi.
Selain itu, album tersebut menampilkan barisan selebriti hebat dalam arena hip hop serantau termasuk SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King dan Adam E yang juga merupakan rakan baiknya.
“Kesemua mereka memberikan masukan yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya mengenai kolaborasi bersama rakan-rakan seperjuangannya.
Ditanya tentang cabaran penghasilan album tersebut, Yonny akui menghadapi waktu yang suntuk untuk persiapan album itu dan perlu bahagikan masa antara isteri dan anak.
Di samping itu, besar harapan Yonny untuk album ini bakal menjadi kegemaran peminatnya sepertimana dirinya menyukai album berkenaan.
Untuk info, Persona telah berada di semua platform digital bermula sejak 22 September lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings