Kecoh di media sosial mengenai adik kepada pengacara dan usahawan, Neelofa iaitu Nur Ameera Khan didakwa berjudi lumba kuda di luar negara baru-baru ini.
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan bagaikan sudah lali dengan kecaman netizen malah tidak mempedulikan kata-kata negatif daripada orang ramai.
“Anda nak cakap apa, terpulang,” ujarnya.
Namun begitu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan akui pandangan netizen berpandukan apa yang dimuat naik di media sosial sememangnya hak masing-masing.
“Pilihan saya adalah membuat perkongsian (video atau-gambar) . Apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, terpulang.
“Apa yang saya kongsi dalam Instagram untuk anda lihat, itu sahaja.
“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” jelasnya.
Tampil memberi penjelasan, ibunya yang juga merupakan seorang usahawan, Datin Noor Kartini mempertahankan anaknya dari tuduhan palsu tersebut malah meluahkan rasa bangga punyai anak-anak yang masih tahu menjaga diri selain tidak mempunyai masalah sosial.
“Kita kena faham acara dan tempat perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa, sebenarnya beg jenama mewah. Kita kena tahu sejarah di sebalik sesebuah jenama itu.
“Adakala saya rasa geram sebab mereka bagaikan tidak faham mengenai fesyen, jenama dan sejarah di sebalik barangan yang hendak dipromosikan.
“Alhamdulillah, tiada siapa boleh lihat anak-anak saya ada di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha, vape dan lain-lain.
“Itu yang buat Mama rasa bangga. Allah masih pelihara tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan lakukan perbuatan seperti yang ditularkan. Kami tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu memberi komen lanjut mengenai hal orang lain malah memahami setiap orang melalui hari dan perkara yang berbeza malah Kartini lebih mengenali perangai anak-anaknya.
“Kalau nak cakap mengenai hal orang lain, saya rasa semua orang melalui fasa tersendiri seperti pada usia remaja, dewasa, dan matang. Ada perubahan dalam kehidupan, tiada orang yang keluar terus sempurna.
“Kita pun kenal siapa keluarga, tahu anak kita siapa,” jelasnya ketika ditemui oleh F8Buzz di majlis pelancaran koleksi kolaborasi Disney x Naelofar, semalam.
Terdahulu, tular sebuah foto yang dimuatnaik oleh Ameera yang sedang memegang sekeping kertas berupa tiket sebuah acara dengan kapsyen seolah-olah sedang melakukan pertaruhan mengundang persoalan dan kecaman netizen.
GIPHY App Key not set. Please check settings