in

Dua Kali Putus Cinta dengan Orang yang Sama, Riena Diana belum sedia buka hati

Pelakon, Riena Diana mengakui dirinya belum berpunya buat masa ini namun menafikan hubungan bersama mana-mana lelaki pun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story miliknya, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, dia meminta supaya netizen berhenti bertanyakan mengenai status hubungan bersama bekas teman lelakinya, Nik Afiq.

“Tidak lagi nak bertolak ansur dengan apa-apa dan saya gembira dengan diri saya sendiri buat masa sekarang. Untuk sekarang ini, ya saya single, tak terikat dengan sesiapa pun.

“Jadi, tolong berhenti tanya saya dah berbaik ke atau bergaduh ke sebab dah tak ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua. Jadi tak ada apa nak dicakapkan lagi dah,” ujarnya.

Namun begitu, aktres kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu turut merasakan bahawa terdapat banyak perkara lain yang perlu dicapai selain menyulam cinta.

“Apa-apa pun, sebuah perhubungan bukan segalanya. Perkahwinan bukan segala-galanya. Ada bahagian yang lebih besar dalam hidup yang lagi penting dari semua tu.

“Jadi tolong la, ada banyak lagi yang perlu saya capai dalam hidup, bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, aktres berusia 26 tahun itu menjawab soalan netizen berkaitan tawaran hendak menjadi kekasih hatinya, dia menolak dan akui masih perlu memperbaiki diri sendiri.

“Maaf permohonan masih belum dibuka. Buat masa sekarang nak perbetulkan diri saya dulu sebab saya bukan baik sangat pun. Jadi lebih baik fokus kat diri dulu baru orang lain,” katanya.

Pada penghujung Disember tahun lalu, Riena dikatakan sudah berpisah dengan Nik Afiq namun hubungan mereka kembali berpaut sebulan selepas itu.


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

8 Perkara Menarik Yang Berlaku Pada 31 Ogos Yang Anda Perlu Tahu

Bersahabat Baik Demi Anak-anak , Puteri Lily dan Aziz M Osman Berpisah Cara Baik