in ,

Bersahabat Baik Demi Anak-anak , Puteri Lily dan Aziz M Osman Berpisah Cara Baik

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pengarah, Aziz M Osman iaitu Puteri Lokman, 32, menyatakan mereka berkawan baik demi anak-anak selepas bercerai. 

Menerusi program hiburan Melodi semalam, Puteri Lily difahamkan telah cuba menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama 13 tahun namun akhirnya perpisahan merupakan jalan terbaik buat mereka.

“Tiada orang nak bercerai, semua orang yang melalui perceraian akan berada pada fasa terendah dalam hidup.

“Bila tiada persefahaman, lebih baik kita berpisah secara baik. Saya pun tak sangka akan dengar perkataan talak.

“Kami lakukan ini demi anak-anak. Kalau ibu bapa ada konflik pun tak baik untuk anak-anak terutama kesihatan mental.

“Alhamdulillah, kami pun tenang selepas bercerai cara baik. Ini adalah yang terbaik, anak-anak pun okay dan terima dengan berlapang dada,” katanya.

Bagaimanapun, Lily tidak mendedahkan punca bercerai tetapi hanya menyatakan sudah tiada sinar untuk berbaik kerana dia merasakan sudah tiba masa untuk berpisah jua.

Tambahnya, dia akui anak-anak dapat menerima perpisahan dengan mudah tetapi dia tahu tiada anak-anak yang ingin melihat ibu bapa bercerai.

Rentetan itu, dia mengagumi sikap matang anak sulungnya, Puteri Nur Azzahrq, 12, yang senang menerima perpisahan itu.

“Perceraian sukar buat kanak-kanak berusia 12 tahun, tetapi Puteri Nur Azzahra sangat matang.

“Malah, Puteri Nur Azzahra siap cakap tak mahu pentingkan diri. Jika perpisahan adalah terbaik, teruskan.

“Saya beritahu Aziz apa yang dikatakan Puteri Nur Azzahra dan dia terkejut. Ini kerana anak sekecil itu boleh cakap sedemikian. Mungkin Puteri Nur Azzahra nampak apa yang jadi selama ini,” katanya.

Meskipun gagal sebagai pasangan, Puteri Lily akui kini bersahabat baik bersama bekas suaminya, Aziz, 61, demi anak-anak tercinta.

Mereka turut berjanji kepada anak-anak untuk tidak memburukkan satu sama lain kerana mereka enggan proses tumbesaran dan emosi anak-anak terganggu.

“Anak-anak sedang membesar, jadi saya tak nak emosi mereka terganggu. Saya tak nak orang bercakap pasal mak ayah mereka dan tidak mahu mereka baca benda negatif.

“Soal hak penjagaan anak kami sudah bincang dengan baik. Jika Aziz kerja, saya akan jaga anak-anak, begitu jugalah sebaliknya.

“Lagipun, kami tinggal berdekatan. Saya takkan masuk mahkamah untuk benda seperti ini,” katanya.

Tambahnya lagi, ramai orang sememangnya terkejut dengan perpisahan mereka malah ibu bapanya sendiri turut terkejut.

“Orang luar tak tahu sebab kami tak tunjuk. Ibu bapa saya hanya tahu bila saya dan Aziz sudah sah bercerai.

“Semua orang tak sangka saya dan Aziz akan bercerai. Keluarga tentulah sedih, tetapi kami sudah janji dengan anak-anak untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya.

Akui tidak boleh lagi meneruskan kehidupan rumah tangga bersama pengarah kelahiran Singapura itu, namun Puteri Lily masih menguruskan syarikat bersama malah selesa bergerak solo.

“Saya masih uruskan syarikat dengan Aziz dan masih uruskan kehidupannya. Cuma, kami tidak boleh lagi bersama, namun saya masih menghormati Aziz sebagai bapa kepada anak-anak saya.

“Saya kini selesa menjadi ibu tunggal dan berkawan baik pada Aziz dan uruskan syarikat bersamanya,” katanya.

Untuk rekod, Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 namun bercerai pada Julai lalu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Azzahra, 11 dan Putera Mohamad Aryan, yang kini berusia 5 tahun.

Sebelum ini, Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 sebelum bercerai pada 2007.

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dua Kali Putus Cinta dengan Orang yang Sama, Riena Diana belum sedia buka hati

Rosland teruskan tuntutan nusyuz pada bekas isteri pertama, Adibah