in

Calon PH Undi Awal, Altimet Muat Naik Foto Bersama Pengantin

Komposer dan penyanyi rap terkenal, juga calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri, iaitu Altimet merupakan antara pengundi terawal yang berada di Bukit Antarabangsa, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial milik Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 44, dia dikatakan membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

Penyanyi berusia 44 tahun itu turut sempat mengambil foto bersama dua bakal pengantin 

yang menunaikan tanggungjawab mengundi sebelum memulakan majlis pernikahan masing-masing.

Sebelum itu, dia turut memuat naik hantaran yang berbeza berhubung foto suasana orang ramai beratur untuk mengundi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan selamat kepadanya.

Terdahulu, Altimet mendapat kepercayaan daripada PH untuk berdepan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin atau Cikgu Sharifah di DUN Lembah Jaya selepas lebih tiga tahun dia bergiat aktif dalam politik.

Fokusnya di N20: Lembah Jaya adalah menangani isu kekeluargaan, belia serta kelestarian yang meliputi infrastruktur, ekonomi serta peluang pekerjaan.

Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Batalkan Pernikahan Dan Resepsi, Mimi Lana Mohon Diberi Kekuatan

Gangguan Seksual & Dituduh Sebagai ‘Scammer’, Zara Zya Buat Dua Laporan Polis