Pelakon, Mimi Lana meluahkan hasrat supaya diberikan kekuatan untuk bergerak ke hadapan ketika menghadapi halangan sehingga majlis pernikahannya bersama pelakon juga, Syafiq Kyle dibatalkan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin mengharapkan dirinya dan Syafiq menjadi muslim yang lebih baik serta keajaiban di sebalik perkara itu.
“Semoga Allah merahmati saya dan Syafiq serta memberikan kekuatan kepada kami.
“Semoga halangan ini ada hikmah di sebaliknya dan muncul pada waktunya,” ungkapnya di kapsyen.
Semalam, orang ramai berasa terkejut apabila mendapat tahu pasangan sejoli itu telah membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang sepatutnya berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos ini.
Namun begitu, pelakon berusia 27 tahun itu tidak berputus asa untuk terus mengharapkan yang terbaik buat hubungan mereka.
“Mungkin apa kami percaya perkara paling buruk itulah sebenarnya yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat.
“Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran untuk terus melangkah,” ujarnya.
Pelakon kelahiran Taiping itu turut tidak lupa untuk berdoa supaya dirinya sentiasa berfikiran positif dan dikelilingi insan berhati mulia dalam menempuh onak duri dan ranjau kehidupan.
“Semoga Allah sentiasa membuatkan kami berada dalam keadaan positif dan dikelilingi insan yang mempunyai niat baik dalam hati.
“Setiap titisan air mata yang mengalir menjadi penghapus dosa, semoga doa yang dipanjatkan dimakbulkan.
“Semoga awak dan saya sentiasa tersenyum,” katanya.
Menjengah ke Instagram milik Syafiq, tiada hantaran terbaharu dikemaskini malah hantaran terakhir merupakan 1 Ogos lalu.
Terdahulu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memaklumkan majlis pernikahan pasangan itu pada 18 Ogos ini dibatalkan.
Menurutnya, pembatalan majlis itu merupakan kata-kata daripada majikannya sendiri terhadapnya pada dua hari lalu.
Namun begitu, apabila ditanya punca pembatalan yang melibatkan krisis peribadi, Iman menafikan perkara itu.
Mimi dan Syafiq mengikat tali pertunangan pada 21 Januari lalu dan hanya memaparkan jari yang akan disarungkan cincin.
Pada Mei 2020, pasangan itu juga pernah dikhabarkan putus cinta selepas lima tahun bersama, namun hubungan tersebut kembali bertaut apabila dilihat berkongsi gambar bersama di media sosial.
GIPHY App Key not set. Please check settings