Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal mendirikan rumah tangga bersama bakal isterinya merangkap tunang, Fatin Athira Mustapha pada 23 September depan.
Menerusi kad digital hitam yang telah diedarkan, majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi, manakala majlis resepsi pula berlangsung pada hari yang sama, pada jam 8 malam.
Pasangan sejoli itu memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.
Untuk info, Fatin Athira merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, yang kini berkhidmat sebagai seorang peguam.
Dalam pada itu, buah hati milik Noh itu turut meminati muzik selain berbakat dalam bermain gitar dan menyanyi.
Terdahulu, majlis pertunangan penyanyi kelahiran Sarawak bersama peguam itu telah diadakan di kediaman Fatin yang bertempat di Putra Heights, Subang Jaya, pada 7 Mei lalu.
Pasangan itu turut mengenakan persalinan berwarna hitam semasa majlis pertunangan hitam sebelum ini.
Untuk rekod, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, pernah berkahwin dengan seorang aktivis dan bekas penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun bercerai pada awal Ogos tahun lalu.
Sepanjang perkahwinan mereka, Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mereka memiliki anak angkat, Musa.
GIPHY App Key not set. Please check settings