Kemelut fitnah antara pengguna media sosial, Md Johan Dihani Mohd Zaidi terhadap pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu timbul kembali apabila pihak defendan menarik balik dan menafikan kegiatan palsu yang dilakukan sebelum ini.
Menurut peguam yang mewakili Shuib, Syed Afiq Syed Al-Bakri berkata, pihak mereka mendapat arahan untukmemfailkan saman dan tuntutan terhadap pihak defendan dan akan menyerahkan perkara tersebut secara peguamcara.
Dalam pada itu, dia juga menyatakan pihak mahkamah telah mencadangkan untuk apa-apa kes dimasukkan dalam sesi mediasi yang merupakan perbincangan antara kedua-dua belah pihak untuk penyelesaian masalah tanpa perlu melibatkan mahkamah.
Tambahnya, pihak plaintif tidak boleh mendedahkan jumlahtuntutan yang disebut sebagai ganti rugi am, yang mana tidakboleh dinyatakan buat masa sekarang dan jumlah tersebut akan diberitahu setelah selesai satu perbicaraan.
“Pihak kami telah mendapat arahan untuk memfailkan satu writ saman dan tuntutan dan kami telah failkan semalam. Kami juga menerima ektstrak dari mahkamah dan kami akan membuat serahan kepada pihak defendan melalui wakil peguamcara.
“Mahkamah memang syorkan untuk apa-apa jenis kesdimasukkan dalam sesi mediasi dan bergantung kepada dua-dua pihak untuk berbincang. Jika mahkamah arahkan dari segi kami atau pihak defendan, kami akan pertimbangkan untuk sesi tersebut dan perkara itu merupakan prosedur biasa untuk perbincangan dilakukan.
“Dari segi undang-undang, dipanggil sebagai ganti rugi am. Kami tidak boleh memberitahu jumlah tuntutan buat masa sekarang. Jadi, selepas selesai satu perbicaraan, mahkamah dah pertimbangkan semua saksi dan bukti, pihak mahkamah juga akan buat keputusan untuk jumlah yang dituntut daripada pihak plaintif,” jelasnya.
Sementara itu, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkongsi tujuan untuk membawa perkara tersebut kemahkamah bukan untuk dirinya sahaja tetapi juga memberikan pengajaran kepada seluruh masyarakat.
“Saya akan serahkan kepada mahkamah untuk membuatp enilaian bagi siapa yang salah dan siapa yang betul. Saya teruskan saman ini bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh wargamaya yang menggunakan media sosial secara melampau sehingga menimbulkan fitnah terhadap orang lain.
“Tak kisah sesiapa yang menghadapinya, sama ada selebriti atau orang lain, jadikan kes saya ini sebagai satu panduan bahawa kes ini memang boleh bawa naik ke mahkamah. Saya nak timbulkan kesedaran untuk pengguna sosial media untuk menggunakannya dengan baik.
“Saya rasa media sosial merupakan tempat mereka terlalu lantang bersuara sehingga ada orang yang tidak bersalah, dipersalahkan disebabkan media sosial juga. Perkara ini sememangnya memberi kesan dan melibatkan keluarga saya, perniagaan saya yang terang-terang memang sah,” katanya.
Perkara ini dikongsikan sewaktu sidang media yang diadakan di cawangan Bubble Bee yang terletak di Bandar Permaisuri, Cheras, pada tengah hari tadi.
Selain itu, pelawak kelahiran Johor Bahru, Johor itumenyangkal dakwaan yang mengatakan penutupan beberapa cawangan perniagaannya, Bubble Bee terkesan akibat fitnah yang berleluasa itu.
“Orang kata saya macam-macam, illuminati dan sebagainya. Perkara tu memang sedikit sebanyak memberi kesan kepadaperniagaan saya tetapi penutupan cawangan itu tidak ada kaitan dengan perkara yang telah terjadi.
“Itu merupakan perkara biasa untuk perniagaan. Saya menutup cawangan di kawasan itu, dan saya ubah tempat cawangan itu tempat di lain. Memang tak ada kena mengena dengan perkara itu,” jelasnya.
Namun begitu, bapa kepada empat orang anak itu meminta supaya masyarakat saling menghormati satu sama lain dan memastikan kesahihan suatu perkara sebelum disebarkan.
“Saya ambik tindakan ini sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap budaya Malaysia yang menghormati satu sama lain dan tindakan ini merupakan satu panggilan terhadap pihak yang suka menyebarkan fitnah tanpa sebarang bukti yang kukuh untuk berhenti meneruskan perkara tersebut.
“Menurut peribahasa, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Oleh itu, kita perlu hormat nilai kebenaransuatu perkara sebelum menyebarkan apa-apa berita dan tidakpasti akan kesahihannya yang mana akan merosakkan keharmonian masyarakat kita. Ini merupakan permulaan perubahan positif untuk melawan fitnah,” ujarnya.
Terdahulu, Shuib difitnah oleh pihak defendan melalui media sosialnya yang seolah-olah menunjukkan bahawa Shuib sendiri yang merancang untuk membunuh arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin serta turut dituduh sebagai ahli Freemason.
Pada 4 Julai lalu, Shuib mengadakan sidang media dan individu yan dikenali sebagai ‘John Dihani’ hadir memohon maaf secara berdepan terhadapnya dan melalui media sosialnya. Namun, pada 10 Julai lalu, pihak plaintif mendapat surat yang mengatakan pihak defendan menarik balik permohonan maaf serta menafikan kegiatan yang dilakukan sebelum ini.
GIPHY App Key not set. Please check settings