Pada Julai lalu, pengacara dan pendakwah selebriti, Hana Ismail, mendedahkan baru sahaja mengalami keguguran dan sudah seminggu berpantang.
Ujar Hana atau Nurul Hana Ismail, 37, mengenai luahan perasaan hatinya berkenaan perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Tiktok miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia menyatakan bahawa kehilangan cahaya mata itu seakan sama seperti perasaan mengetahui ada penghuni kecil dalam rahimnya.
“Genap seminggu saya berpantang dan bagi yang belum saya kehilangan anak dalam kandungan.
“Perasaan ini sama beratnya dengan rasa gembira bila saya tahu mula-mula mengandung dulu. Inilah nikmat sebuah kehilangan bagi saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed, mengingatkan orang ramai supaya menghargai sesuatu perkara sebelum kehilangan.
“Kepada anda yang berkongsi kisah sama seperti saya, ingatlah untuk merasai kehilangan anda harus memiliki.
“Di saat anda memiliki, anda harus menghargai. Al-Fatihah untuk malaikat-malaikat kecil yang menanti kita (para ibu) di syurga,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya yang turut mendoakan yang terbaik buat Hana dan suaminya untuk terus kuat menjalani kehidupan.
Selain itu, mereka juga turut mengerti perasaan Hana kerana ada dalam kalangan mereka yang menghadapi ujian yang sama.
Terdahulu, Da’i Syed turut memaklumkan bahawa isterinya telah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasukin10 minggu menerusi Instagram miliknya.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala lumpur.
GIPHY App Key not set. Please check settings