Penyanyi, Shila Amzah, 33, telah selamat bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan pempengaruh media sosial iaitu Ubaidillah Zulkifli atau Ubai Mz, 25 dengan sekali lafaz sahaja.
Pasangan pengantin baharu itu telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Flamingo Hotel dekat sini, pagi tadi.
Persalinan rekaan milik Zaimi Zulkafli yang begitu anggun, mereka telah dinikahkan oleh bapa Shila sendiri iaitu Datuk ND Lala dan turut disaksikan oleh keluarga terdekat.
Lebih menarik lagi, majlis yang bermula pada jam 10 pagi tadi telah menyaksikan penyerahan mas kahwin sebanyak RM 20,000 oleh Ubai manakala hantaran pula dirahsiakan.
Terdahulu, pasangan sejoli itu telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.
Dalam pada itu, ini merupakan perkahwinan kali kedua bagi Shila atau Nurshahila Amir Hamzah yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan satu-satunya seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
GIPHY App Key not set. Please check settings