Penerbit popular, David Teo dikhabarkan menegur perbuatan penyanyi, Masya Masyitah yang membuka hijab telah mendapat perhatian netizen, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik tersebut, dia menyatakan tidak ramai yang membuat pahala akhirat malah lebih memilih keduniaan semata-mata dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagu Retak itu.
“Ramai orang kejar pahala dunia tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.
“Walaupun iman kita berbolak-balik, tapi kita sebagai manusia kenalah kembali pada Tuhan.
“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalanNya,” tulisnya di kapsyen.
Hantaran tersebut turut dikatakan ibarat kata-kata daripada seorang bapa kepada anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya orang islam malu dan terima dengan teguran positif daripada David.
“Bukan Islam menegur yang muslim. Malu nya ya Allah. Moga kita sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Makin ramai yang bertudung dah buka tudung. Allahu. Moga kita sempat bertaubat.
“Saya hormat awak David Teo. Bukan Islam menegur yang sedia Muslim. Sedih dengan seagama sendiri. Terima kasih David Teo,” tulis beberapa netizen.
Namun begitu, ada juga segelintir warganet yang mendoakan yang baik-baik untuk penghijrahan David Teo.
“Semoga David Teo memeluk islam nanti. Bukti dah ada bahawa agama yang sebenarnya hanyalah Islam merupakan agama yang disembah sejak Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,” ungkapnya.
Pada Ahad lalu, Masya Masyitah tampil menayangkan beberapa foto yang tidak berhijab lagi di Instagram miliknya menimbulkan kaget para netizen.
GIPHY App Key not set. Please check settings