in ,

Gagal pertahankan 28 tahun bahtera perkahwinan, Rosland dan Adibah bercerai

Krisis rumah tangga milik suami kepada pelakon, Miera Liyana iaitu Rosland, 50, dan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu. 

Bekas suaminya itu melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Siti Noraini Mohd Ali, pada jam 10.50 pagi, hari ini.

Sebelum itu, hakim turut membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat oleh kedua-dua pihak pada 13 Julai lalu.

Menurut laporan Mstar, Rosland dikhabarkan sudah tidak ada persefahaman dan akui tawar hati atas tindakan bekas isterinya membuat kenyataan mengenai perkahwinannya sebelum ini.

Rosland menceraikan isteri pertamanya Adibah.

Bagaimanapun, Adibah dan Rosland tidak memberikan sebarang komen selepas keluar dari perkarangan mahkamah itu.

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli memaklumkan bahawa pihaknya akan meneruskan kes mahkamah berkaitan dengan hadanah dan lain-lain.

“Adibah masih lagi terkejut dan tidak mahu komen. Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada pelakon, Miera Liyana yang sebelum ini merupakan isteri kedua Rosland turut hadir memberikan kenyataan ringkas tentang sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi.

Memetik laporan Oh Bulan!, sebelum prosiding terbabit bermula, Adibah memaklumkan mereka berdua sudah melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan mendapatkan kaunseling daripada pihak JAWI serta berserah pada takdir untuk jalan seterusnya. 

Adibah turut mengakui dirinya bersedia atas segala keputusan dan reda malah berfikiran positif atas hikmah di sebalik kejadian itu. 

Sejak 2021, Adibah mendedahkan mereka berdua hanya berhubung melalui wakil peguam sahaja kerana nombor telefon bimbitnya disekat oleh suaminya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik.

Pada 7 April lalu, Rosland telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dengan kasih sayang yang mendalam, isteri pertamanya, Adibah tetap mahu pertahankan perkahwinan yang dibina selama 28 tahun meskipun perkahwinannya menghadapi kesulitan sejak 2021 setelah bekas suaminya berkahwin dengan pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.

Kemudian, pada 31 Januari lalu, Rosland dikhabarkan gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Rosland dan Adibah telah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata yang berusia 11 tahun sehingga 26 tahun.

Sementara itu, Rosland turut berkahwin dengan pelakon jelita, Miera Liyana, pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata. 


Ditulis oleh Dhia Kz

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Sebagai manusia, kita kena kembali pada Tuhan,” – David Teo tegur perbuatan buka hijab Masya Masyitah

Gabungan Astro x Muslim Pro Qalbox Sajikan Hiburan Islamik