Baru-baru ini, penyanyi sensasi, Masya Masyitah dikhabarkan hangat menayangkan penampilan baharu dengan membuka hijabnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menerusi platform yang sama, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff telah memuat naik foto terbaharu yang sedang duduk di atas lantai malah menampakkan bulu kakinya yang mana menjadi perhatian para netizen.
Bahagian betis penyanyi berusia 23 tahun itu kelihatan terdedah sehingga menampakkan bulu kakinya walaupun dia memakai seluar panjang.
Dalam pada itu, netizen turut terkejut dengan diri penyanyi lagu Remuk itu yang sakan menayang bahagian perut dan pusat dengan memakai pakaian pendek.
Meninggalkan kapsyen yang bersahaja, penyanyi kelahiran Kulim, Kedah itu menyatakan cara bergembira adalah dengan ubah situasi atau ubah fikiran mengenai sesuatu perkara.
“Ada dua cara untuk gembira, ubah situasi atau ubah fikiran mengenai perkara itu,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet masih berharap supaya bekas juara pertandingan Ceria Popstar itu kembali ke jalan yang benar.
Selain itu, segelinter netizen turut memberi cadangan untuk bergaya dengan fesyen yang lebih baik walaupun tidak bertudung supaya kelihatan elegan.
“Dulu masa dia bertudung, macam-macam netizen kecam serba tak kena. Sekarang bila dah buka tudung, kena kecam juga. Netizen pun nak apa entah, yang penting Masya cantik. Insya-Allah, doa yang baik-baik.
“Kalau pakai tudung, tutup aurat kan cantik, ayu dan sopan santun gitu. Ni dah tak pasal-pasal nampak bulu kaki. (orang kata, saya tak zoom).
“Pergh pusat pulak.
“Bulu kaki pun”, tulis beberapa netizen.
Pada Ahad lalu, penyanyi yang fasih berbahasa Mandarin itu mengenakan pakaian berona merah jambu tanpa memakai tudung menimbulkan kaget netizen.
Masya turut sering dikecam hebat daripada warganet kerana bersikap berani bergaya pelik semasa dia masih berhijab dan telah dikongsikan di media sosial.
GIPHY App Key not set. Please check settings