in ,

Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing, Jalaluddin Hassan Tidak Dapat Beraksi Di Mega Spontan Malam Ini

Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan dikhabarkan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Rabu yang lalu.

Difahamkan bahawa peserta Mega Spontan itu terkena jangkitan kuman di saluran kencingnya dan telah menahan sakit sejak seminggu yang lalu.

Walaupun sudah menerima rawatan dari anak saudaranya yang juga merupakan seorang doktor, sakitnya tidak berkurang sehingga menyebabkan pelakon berusia 69 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Rentetan dari itu, Jalaluddin tidak dapat beraksi didalam program Mega Spontan kerana masih dalam rawatan di hospital dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama kumpulannya beraksi bersama.

Antara rakan artis yang melawat Datuk Jalaluddin di hospital.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke Mega Spontan malam ini kerana masih dalam rawatan di HUKM.

“Kepada pasukan Champatakjauh, saya mohon maaf kerana mengecewakan anda semua.

“Buatlah yang terbaik pada malam ini kerana saya percaya anda mampu lakukannya,” katanya.

Perkembangan terkini, walaupun keadaannya semakin pulih namun beberapa prosedur rawatan lanjut perlu dijalankan.

Rawatan lanjut perlu dijalankan agar Datuk Jalaluddin kembali sihat seperti biasa.

Sekadar info, pelakon drama Nur ini merupakan ahli kerajaan Champatakjauh yang turut dibarisi oleh Ramona Zam Zam, Noreen Iman dan Atu Zero.

Mega Spontan yang dihoskan oleh Sherry Alhad bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro Warna.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kesihatan Merosot, Aya Mahu Tarik Diri Dari Mega Spontan?

Hafiz Hamidun Mahu Pendengar “Kembali Pada-Mu”