Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam kerana mengadakan Sesi Temu Mesra.
Majlis tersebut diadakan bagi meninjau kerja-kerja naik taraf yang diselia oleh DBKL menerusi program Lestari Niaga@Kuala Lumpur.
Program tersebut merupakan satu usaha kerajaan untuk menaiktaraf fasiliti yang lebih baik untuk peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan.
Kerja-kerja naik taraf pusat penjaja yang dibina pada tahun 1974 yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman telah bermula sejak Mac dan siap sepenuhnya pada April 2023.
Dengan usaha kerajaan ini harapnya mampu memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung yang hadir.
GIPHY App Key not set. Please check settings