Tidak semena-mena, nama selebriti popular, Scha Alyahya turut terpalit dengan ‘trend’ di Twitter mengenai pengalaman netizen berhadapan dengan artis biadap dan paling mesra yang pernah mereka jumpa.
Scha sewaktu diajukan soalan mengenai isu ini mengakui dia terkejut apabila mengetahui namanya turut berada dalam senarai artis yang ‘rude’.
“Sejujurnya saya terkejut dengan perkara ini. Mungkin secara sedar ataupun tidak saya pernah tidak senyum atau tidak tegur orang. Mustahil kita sebagai manusia tidak pernah buat salah.
“Bagi saya untuk bersikap biadap itu sangat jauh sama sekali dengan diri saya. Saya memang seorang yang pantang dengan orang yang biadap. Saya paling tak suka orang yang biadap dan berlagak.
“Kerana bagi saya kita semua sama sahaja. Jadi kalau ada yang pernah mengalami pengalaman kurang menyenangkan dengan saya, saya ingin mohon maaf. Mungkin ketika itu saya tak ada mood atau sedang dilanda masalah. Maaf kerana membuatkan anda rasa kurang senang dengan sikap saya,” katanya ketika ditemui di majlis Bual Bicara Seminar Komunikasi Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ditanya tentang pendapatnya terhadap ‘trend’ yang semakin rancak berlaku di aplikasi Twitter ini, kata Scha dia berharap agar netizen tidak terlalu taksub dalam membuka aib orang.
“‘Trend’ di Twitter ini adalah benda yang netizen suka main-main. Kadang-kadang okay, kadang-kadang tidak. Cuma janganlah terlalu taksub sampai menjatuhkan hukum kepada orang lain. Kita perlu berhati-hati untuk bercakap atau melabel orang lain. Kesannya mungkin bukan pada individu yang membuat tuduhan itu, Tetapi kepada orang yang kena. Berhati-hatilah dengam apa yang anda kongsi di media sosial,” ujarnya.
Biarpun namanya terpalit dalam ‘trend’ yang membuka aib selebriti ini, namun masih ramai netizen yang menyangkal dakwaan bahawa Scha adalah seorang selebriti yang ‘rude’. Rata-rata mereka berkongsi pengalaman bahawa Scha adalah antara selebriti yang paling mesra melayan peminat dan tidak pernah bersikap sombong ataupun biadap.
Bak kata Scha, artis juga manusia biasa dan bukannya robot. Mungkin ada hari yang diri mereka sedang dilanda masalah. Atau mungkin juga ia sekadar wajah mereka ketika sedang ‘resting b*tch face’
GIPHY App Key not set. Please check settings