Selepas Robert De Niro mengumumkan dirinya baru menimang cahaya mata di usia 73 tahum, terbaru aktor veteran Hollywood, Al Pacino pula bakal menimang cahaya mata di usia 83 tahun.
Teman wanita Al Pacino iaitu Noor Alfallah yang berusia 29 tahun kini sedang hamil anak mereka dan kandungan telah pun mencecah usia lapan bulan. Alfallah merupakan seorang penerbit dalam industri hiburan di Hollywood.
Pasangan ini dikatakan telah berpacaran dalam diam ketika waktu pandemik beberapa tahun yang lalu.
Biarpun ramai yang kagum dengan kehebatan Al Pacino yang mampu menghasilkan zuriat di usia emas, namun ada juga yang menuduh teman wanitanya sekadar mahukan hartanya.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Page Six, Alfallah yang berasal dari Kuwait ini sebenarnya adalah anak orang berada. Dan dia benar-benar cintakan Al Pacino biarpun jarak usia mereka adalah sebanyak 54 tahun. Al Pacino juga lebih tua daripada bapanya.
Alfallah juga dikatakan memang menyukai lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya. Sebelum ini dia dikatakan pernah bercinta dengan Mick Jagger dan Clint Eastwood.
Al Pacino sebelum ini telah memiliki tiga orang anak hasil hubungannya yang terdahulu. Anak perempuannya, Julie Marie kini berusia 34 tahun dan anak kembarnya berusia 22 tahun.
GIPHY App Key not set. Please check settings