in ,

Selepas Diperam Selama 13 Tahun, Syaitan Munafik Bakal Temui Penonton Tahun Ini

Selepas 13 tahun, filem Syaitan Munafik terbitan Dato’ Mohd Rusdi Shair telah siap sepenuhnya dan kini menanti untuk ditayangkan kepada umum.

Berita gembira tersebut dikongsikan sewaktu beliau ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Seri Pacific Hotek Kuala Lumpur.

Menurut Dato’ Rusdi, beliau mempunyai alasan tersendiri sebab filem yang diperam selama 13 tahun.

“Banyak cabaran dan rintangan untuk menyiapkan pembikinan filem, ia mengambil masa yang lama untuk diperbaiki dan prosesnya juga sangat teliti. 

“Bukan mudah hendak membaiki kerja lama untuk mendapatkan kualiti warna dan plot yang lebih baik dan menarik dibantu dengan teknik CGI,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tidak ambil pusing dengan kata-kata orang dan lebih fokus dalam kejayaan filem tersebut.

“”Mengenai soalan atau pandangan negatif, saya tidak kisah jika ada yang hendak memperkecilkan usaha saya dengan kata-kata nista dan sebagainya, apa yang saya inginkan adalah kualiti.

“Jika org nk memperkecilkn usaha saya terpulanglah, itu urusan mereka. Saya akan teruskan usaha saya bersama pasukan saya,” luah Dato’ Rusdi.

Filem Syaitan Munafik yang dibintangi oleh Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, ERIN CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah akan ditayangkan pada September 2023.

Dijangkakan filem ini bakal ditayangkan serentak di pawagam Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia dan Filipina.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Datuk Syafinaz Selamat Merayu Pada Rakyat Malaysia Supaya Tidak ‘Ignore’ Penyanyi Yang Berbakat

Al Pacino Bakal Timang Anak Di Usia 83 Tahun Hasil Hubungan Bersama Kekasih Berusia 29 Tahun