in ,

Datuk Syafinaz Selamat Merayu Pada Rakyat Malaysia Supaya Tidak ‘Ignore’ Penyanyi Yang Berbakat

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai ramai bakat yang bagus dalam bidang nyanyian. Namun tidak semua penyanyi yang bagus mendapat tempat di hati peminat.

Sebagai contoh salah seorang peserta Big Stage 2023 iaitu Nadeera. Dia sering kali mendapat pujian di atas kebolehannya dalam bidang nyanyian. Dan telah banyak pertandingan yang disertainya. Namun nama Nadeera masih belum berada di tempat yang selayaknya dengan bakat yang dimiliki.

Sewaktu konsert Big Stage minggu keempat, Datuk Syafinaz Selamat yang menjadi juri jemputan pada malam itu turut menyuarakan pendapatnya terhadap Nadeera. Kata beliau, pertandingan ini bukan untuk Nadeera. Dia sepatutnya tidak perlukan pertandingan seperti ini lagi kerana dia adalah seorang penyanyi yang bagus.

Datuk Syafinaz sewaktu ditemui ketika sidang media berkata, rakyat Malaysia perlu menyokong penyanyi-penyanyi yang berkualiti agar mereka tidak terus lenyap dari industri.

“Saya merayu kepada orang-orang Malaysia untuk sokong bakat yang bagus. Jangan ‘ignore’ penyanyi yang bagus. Kita kena sokong dan beri mereka semangat untuk meneruskan perjuangan mereka dalam bidang seni.

“Mungkin anda rasa tak mahu sokong sesetengah penyanyi yang bagus kerana merasakan biar orang lain yang sokong kerana anda nak sokong penyanyi yang lebih moden, yang ‘current’ dan sebagainya.

“Tetapi jika anda tidak sokong penyanyi-penyanyi yang bagus, lama kelamaan mereka akan hilang daripada industri seni. Sayang!

“Jika penyanyi seperti Nadeera mungkin dia masih tidak berputus asa dan terus mahu berjuang. Tetapi ramai penyanyi di luar saya yang bagus, namun akhirnya berputus asa kerana tiada sokongan walau sudah berusaha sehabis baik,” katanya.

Tambah Syafinaz lagi, situasi ini sangat menyedihkan kerana bakat hebat yang ada di Malaysia, dipersiakan begitu sahaja kerana tidak mendapat sokongan yang sewajarnya.

“Seperti Nadeera, jika dia menang pertandingan ini sekalipun, ia tidak menjanjikan yang dia akan berjaya di luar sana. Perkara ini sangat bahaya. Dia perlu fikir formula macam mana nak berjaya di luar pertandingan selepas ini.

“Antara contoh terbaik yang kita ada ialah Aina Abdul. Dia telah melalui semua ini sebelum ini. Dia seorang yang sangat bijak dari segi ‘branding’,” ujarnya.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Usia Mencecah 40 Tahun, Sherry Ibrahim Tak Kisah Digelar Andartu

Selepas Diperam Selama 13 Tahun, Syaitan Munafik Bakal Temui Penonton Tahun Ini