Nampaknya penampilan yang menarik serta mempunyai ‘fan base’ yang kuat belum tentu dapat menyelamatkan peserta daripada tersingkir di pentad Big Stage 2023. Itulah yang terjadi kepada Meer Nash pada malam tadi.
Meer Nash yang menyampaikan lagu Rapuh daripada kumpulan Nastia menjadi mangsa penyingkiran yang ketiga untuk Big Stage musim kali ini selepas Isaac Woo dan Naufal Azrin.
Menurut juri tetap iaitu Ajai, Meer Nash perlu menggunakan kelebihan yang dia ada iaitu pengikut yang ramai untuk mengembangkan lagi bakatnya, tetapi perlu memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Saya dapati banyak ‘flat’ dalam nyanyiannya. Kita tak nak lah ‘superstar’ menyanyi ‘flat’. Dia sudah ada peminat yang menghargai dia biarpun nyanyiannya belum lagi betul-betul hebat. Bila dah ada orang hargai, guna peluang ini untuk belajar lagi dari segi vokal untuk memantapkan lagi nyanyian. Bakat adalah satu anugerah. Tetapi kena gilap dengan ilmu. Bakat dan ilmu perlu seiring. Tak boleh menyanyi ikut hati sahaja. Kalau ikut hati sahaja itu yang boleh jadi ‘flat’ dan ‘sharp’. Kena ada ‘direction’ dan ada orang yang ‘guide’.”, katanya.
Kenyataan Ajai itu turut disokong oleh juri jemputan minggu keempat iaitu Datuk Syafinaz Selamat. Katanya penyanyi yang bagus seperti Nadeera juga masih ‘struggle’ untuk kumpul peminat. Tetapi Meer Nash sudah punya kelebihan dari segi itu.
“Meer Nash disukai dan digilai ramai. Maknanya ‘kepala’ dia sudah keluar. Cuma dia perlu keluarkan bahagian lain dalam nyanyiannya. Itu sahaja yang dia perlu kerja kuat,” katanya.
Sementara itu bagi Meer Nash pula, dia tidak sangka akan tersingkir di minggu keempat kerana dia teirngin untuk menyanyikan lagu Situasi daripada kumpulan Bunckface pada minggu kelima yang merupakan lagu kesukaannya.
“Sebenarnya sejak tiga kali berada di kedudukan ‘bottom 3’, sudah pasti ada timbul perasaan yang akan tersingkir kerana ini adalah pertandingan. Tetapi tak sangka akan terkeluar minggu ini kerana lagu mnggu dapat lagu kegemaran saya ketika zaman kanak-kanak. Tetapi tak ada rezeki. Saya terima,” katanya.
Ditanya adakah sukar perjalanannya di dalam pertandingan ini, Meer Nash mengakui terasa tekanan sebagai seorang peserta.
“Susah sebenarnya. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental. Makan kena jaga, ‘mood’ kena jaga. Perasaan gementar di belakang pentas tu hanya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi inilah yang saya mahukan. Untuk keluar daripada ‘comfort zone’.
“Bila syarikat rakaman tanya saya sama ada saya nak sertai Big Stage 2023, saya terus kata nak. Sebab saya nak belajar. Saya tahu saya bukan penyanyi yang boleh masuk pertandingan. Bukan seperti Whitney Houstan yang merupakan penyanyi bersuara hebat. Tetapi saya cuba untuk mengutip pengalaman. Sepanjang empat minggu ini banyak yang saya belajar. Itu yang paling penting buat saya,” kongsinya.
Kata Meer Nash lagi, dia masih tercari-cari arah tuju muzik yang sesuai dengannya sebagai seorang penyanyi.
“Saya dah cuba macam-macam. Tetapi saya belum jumpa lagi apa yang saya sangat selesa. Kalau tanya apa jiwa saya, saya suka lagu balada. Lagu balada Indonesia. Kerana saya suka menonton Indonesian Idol. Mungkin anda lihat saya lebih kearah Kpop. Tetapi saya suka lagu Korea yang jiwang.” Ujarnya.
Berikut merupakan kedudukan setiap peserta berdasarkan jumlah markah yang diberikan oleh juri tetap dan juri jemputan ;
Waode (91.67%), HoonDoo (91.33%), Putera Muhammad (82.33%), Nadeera Zaini (82%), Puteri Khareeza (52.67%), Dem Lepak Boyz (51%), Aufahanie (50.67%), Coex (49.33%), Firdaus Rahmat (46.33%), Meer Nash (45.33%), Farhan Shah (42.67%).
GIPHY App Key not set. Please check settings