in ,

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Sedia Dikecam

Wakil Mission Sight, Riezman Khuzaimi menyatakan bahawa pihaknya sedia menerima kecaman dalam penganjuran Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Ogos ini.

Poster Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia

Menurut pengarah projek konsert tersebut, pihaknya sudah bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan seperti dikecam atau acara tersebut dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

“Ya, tidak dinafikan kebarangkalian itu berlaku dan mungkin akan ada yang mendesak agar konsert ini dihentikan.

Ani Maiyuni antara penyanyi yang akan melakukan persembahan di konsert tersebut.

“Kami sebagai penganjur sudah memberi garis panduan kepada para artis dan mereka faham dan bersetuju untuk mematuhinya.

“Saya rasa tidak adil jika peminat dihalang untuk berhibur kerana negara kita, negara demokrasi,”kata Riezman.

Riezman Khuzaimi selaku pengarah projekKonsert Goyang Asia-Koplo Milenia

Pelakon, pengarah dan penerbit itu juga menjelaskan bahawa konsert tersebut diadakan untuk menyatukan dangdut dengan masyarakat moden dan industri muzik serta memperkenalkan pelapis baru dalam genre dangdut.

“Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi boleh dinikmati oleh semua.

“Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.

“Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.

“Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal diadakan pada 12 Ogos 2023 di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara dan menampilkan penyanyi dangdut terkenal dari Malaysia dan Indonesia iaitu Ani Maiyuni, Baby Shima, Siti Badriah, Hesty Klepek, Fitri Carlina dan Rheyna Morena.

Harga tiket Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia

Dihoskan oleh Didie Alias dan Shandrra Rose, konsert tersebut dijangka akan berlangsung selama dua jam.

Tiket dijual dengan harga serendah RM158 dan boleh didapati di www.ticket2u.com.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hasil Keputusan JKP, Terdapat Laporan Daripada Pihak Puteri Sarah Mendakwa Pernah Diceraikan Sebanyak Dua Kali Sebelum Ini

Syamsul Yusof Tak Tahu Isu Lafaz Cerai Dua Kali Seperti Yang Didakwa Puteri Sarah Liyana