Kes penceraian yang melibatkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk menemui titik noktah.
Laporan hasil JKP bersama pihak Puteri Sarah Liyana menunjukkan bahawa dia pernah diceraikan sebanyak dua kali sebelum ini oleh Syamsul di luar mahkamah.
Mahkamah memutuskan supaya isu lafaz talak itu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum mereka meneruskan proses seterusnya iaitu hakam.
Menurut Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dia memberitahu bahawa mahkamah perlu mengetahui berapa talak yang telah jatuh sebelum ini.
“Terdapat satu talak dan satu taklik. Oleh kerana itu, mahkamah telah memberikan satu tarikh yang lain untuk kedua belah pihak kembali berbincang dan siapa yang akan memfailkan permohonan mengesahkan lafaz cerai di luar mahkamah.
“Saya telah mengesyorkan kepada hakim supaya pihak suami yang memfailkan permohonan kerana dia yang melafazkan talak. Tetapi kata peguam Syamsul memandang pihak Puteri Sarah yang membangkitkan isu ini, jadi mereka minta untuk anak guam saya yang failkan,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ditanya benarkah talak itu pernah berlaku sebelum ini, kata Akberdin perkara itu akan diteliti semula seperti yang terdapat dalam laporan JKP.
“Itu apa yang terkandung dalam laporan JKP. Saya kena tanya semula anak guam saya apa sebenarnya yang berlaku.
“Jika benar dua talak pernah jatuh sebelum ini, maka penceraian yang akan berlaku nanti adalah talak tiga.
Kedua-dua belah pihak akan hadir semula ke mahkamah pada 14 Jun ini untuk mengesahkan status mereka jika ada lafaz talak pernah terjadi sebelum ini,” ujarnya.
Ditanya tentang hasil keputusan JKP yang berlangsung hari ini, kata Akberdin matlamat JKP untuk berdamai tidak dapat dicapai.
” Shiqaq (perbalahan berpanjangan) , kehadiran pihak ketiga , dan sikap tidak bertanggungjawab defendan memang wujud dalam perkahwinan ini. Jadi matlamat untuk berdamai tidak dapat dicapai. Langkah berikutnya adalah hakam kerabat seksyen 48. Namun begitu, proses itu juga tidak dapat dicapai kerana kini timbul isu dua talak yang didakwa pernah dilafazkan sebelum ini. Mahkamah perlu tahu ini talak yang ke berapa. ” kongsinya.
Sementara itu, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof enggan memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media. Puteri Sarah bergegas ke lapangan terbang kerana akan ke Jakarta atas urusan kerja.
GIPHY App Key not set. Please check settings