Pelakon terkenal, Tiz Zaqyah mendedahkan bahawa dia tidak berani untuk makan buah pisang di tempat awam kerana ada segelintir manusia yang suka mengaitkan dengan perlakuan lucah.
Perkara itu didedahkan oleh pelakon drama bersiri ‘Liar’ ini menerusi akaun Twitter rasminya selepas dia mebalas ciapan seorang pengguna Twitter yang meluahkan perasaan tentang individu yang suka mengaitkan perbuatan lucah apabila perempuan memakan aiskrim.
“Sehingga kini saya tidak makan pisang di tempat awam kerana orang sebegini,” tulisnya dalam ciapan itu.
Ciapan Tiz itu mendapat respon daripada ramai pengguna Twitter rata-ratanya kaum wanita yang melalui pengalaman yang sama sepertinya.
Ada juga yang memberikan tip cara-cara untuk makan pisang di tempat awam iaitu dengan mamatahkan pisang itu terlebih dahulu sebelum makan.
Semoga perkara sebegini tidak lagi dijadikan bahan gurauan oleh kaum lelaki apabila melihat kaum wanita memakan pisang atau aiskrim.
GIPHY App Key not set. Please check settings