in ,

Dikecam Berpakaian Seksi Menyanyikan Lagu Memuji Nabi Muhammad, Nadeera Punya Alasan Tersendiri

Hujung minggu lalu telah berlangsung konsert Big Stage 2023 minggu ketiga bertemakan ‘Asmaraloka’ di mana setiap peserta perlu menyampaikan lagu yang mempunyai unsur cinta.

Salah seorang pesertanya iaitu Nadeera Zaini telah menyampaikan lagu daripada Maher Zain yang berjudul Rahmatun Lil’Alameen yang menceritakan tentang sayang terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Namun apa yang menjadi pertikaian netizen adalah pakaian yang dipakai oleh Nadeera ketika menyampaikan lagu ini tidak sesuai kerana terbelah di bahagian belakang.

Ramai yang memuji suaranya mengalunkan lagu bahasa Arab itu sungguh hebat, namun sayangnya dicacatkan dengan pakaian yang seolah-olah tidak menghormati maksud lagu tersebut.

Nadeera ketika ditemui pihak media sejurus tamat konsert minggu ketiga telah memohon maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya pada malam itu.

“Saya minta maaf. Saya terima kritikan-kritikan daripada anda semua. Sebenarnya saya pakai begini kerana saya belum lagi bertudung sepenuhnya. Saya tidak mahu dituduh mempersendakan agama,” katanya.

Katanya lagi, idea untuk penampilannya pada malam itu adalah hasil perbincangannya bersama pasukan.

“Kami tidak mahu penampilan yang terlalu seksi. Atau tidak bertudung terus. Kena tutup sedikit. Sebab lagu ini menceritakan tentang mencintai Rasulullah.

“Yang buruk itu datangnya daripada saya. Saya terima. Saya minta maaf andai kata saya mengguris hati anda semua. Apa-apa pun saya dah buat yang terbaik. Terima kasih kepada yang mengundi dan mendoakan saya,” ujarnya.

Menjadi lumrah sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian. Dan andai tersilap langkah, pasti akan menjadi bahan kecaman netizen. Kata Nadeera dia enggan terlalu memikirkan tentang kecaman yang diterima kerana tidak mahu merasai tekanan.

“Inilah asam garam menjadi seorang anak seni. Kita kena terima. Apa-apa pun saya tidak mahu menitikberatkan terhadap perkara sebegini untuk elak ‘stress’. Kita tak mahu jadikan keadaan semakin buruk,” katanya

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tersingkir Kali Kedua Di Pentas Big Stage 2023, Tiada Lagi ‘IMUNITI X’ Buat Naufal Azrin

“Mampus Pun Mampus Lah!” Sharnaaz Ahmad Tak kisah Pasal Bayaran Untuk Bintangi Filem Polis Evo 3