Baru-baru ini peminat KPOP dikejutkan dengan sebuah video yang dirakam oleh paparazzi yang memaparkan pasangan yang dipercayai Jennie dari kumpulan Blackpink dan V dari kumpulan BTS yang berjalan sambil berpimpin tangan di kota Paris.
Video tersebut telah dirakam oleh jurufoto dari Perancis yang dikenali sebagai Amar Taoualit ketika pasangan itu berjalan di sungai Seine, Paris.
Gambar dan video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, dan peminat-peminat pasangan ini mula ‘menggila’.
Namun ramai juga yang meragui ketulinan foto dan video tersebut kerana tarikh yang dimuatnaik serta kualiti video yang tidak jelas.
Jurugambar tersebut telah tampil memberikan penjelasan di akaun Instagram miliknya selepas diasak dengan pelbagai soalan daripada netizen.
Menurut Amar, video tersebut telah dirakam beberapa hari sebelum dia memuatnaik video tersebut kerana tidak mahu pasangan itu diganggu jika netizen tahu mereka berada di sana.
“kualiti video itu sangat teruk kerana saya tidak merancang untuk bertemu mereka secara berhadapan. Saya sedang berjalan-jalan di Paris tanpa membawa kamera. Saya hanya rakam mereka menggunakan Iphone. Tetapi saya berani jamin itu adalah Jennie dan V,” tulisnya.
V dikatakan telah ke Paris untuk menjalani penggambaran fesyen. Manakala Jennie pula dikhabarkan akan membuat kemunculan di Festival Filem Cannes.
GIPHY App Key not set. Please check settings