in ,

Ketua Pemuda PAS Kelantan Tulis Surat Terbuka Buat Khairul Aming Kerana Beli Tiket Konsert Coldplay

Nampaknya isu konsert Coldplay masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini biarpun tiket untuk menyaksikan konsert yang bakal berlangsung pada 22 November depan telah pun habis dijual.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan iaitu Mohamad Kamal Mohamed telah menulis surat terbuka kepada pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming gara-gara dia membeli tiket konsert Coldplay.

Menurut Kamal, sebagai seorang ‘public figure’ yang berimej bersih seperti Khairul Aming, dia tidak sepatutnya mempromosikan konsert daripada artis yang lantang mempromosikan gaya hidup LGBT.

“Ke hadapan saudaraku Khairul Aming. Saya layangkan surat ini sebagai seorang saudara seagama, apa lagi kita lahir di negeri yang sama. Atas semangat itu saya merasa terpanggil untuk memberikan teguran atas ‘posting’ saudara yang berjata membeli tiket Coldplay.

“Alang kepalang kesedihan, terguris hati saya apabila membaca ‘posting’ Twitter saudara yang bersungguh menempah tiket. Pastinya siapalah saya untuk menghalang keinginan orang lain, tetapi suka saya menitipkan pesan lantaran saudara adalah saudara seagama saya.

“Saya mahu mengajak saudara untuk memikirkan kesan akibat budaya LGBT yang akan dibawa bersama dalam konsert Coldplay nanti. Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda?

“Saya percaya diusia sekarang saudara telah matang dalam membuat pertimbangan. Apa lagi ingin saya katakana saudara tidak sepatutnya terlibat dalam kempen secara tidak langsung begitu kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda.

“Saya doakan agar saudara akan lebih berjata dengan apa yang telah saudara usahakan dan terpaling saya doa adalah agar saudara membetulkan khilaf yang kesan akibatnya tidak terjangkau akal terhadap anak muda negara,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naiknya di akaun media sosial.

Surat terbuka itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong Khairul Aming. Menurut netizen, Mohamad Kamal seharusnya memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan berbanding isu konsert Coldplay.

Terdahulu, tiket konsert Coldplay yang mula dijual pada 16 Mei lalu telah pun habis dijual. Seramai 700,000 ribu orang telah melawati laman sesawang rasmi yang menjual tiket konsert ini.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

[V] Linda & Beego Nafi Bercerai Kerana Orang Ketiga. Selepas rujuk semula bagai baru bercinta.

Siti Nurhaliza Terharu Perdana Menteri Puji Lagu Nyanyiannya Untuk Filem ‘Anwar : The Untold Story’