in ,

Tercalon Dalam ABPBH35, Sophia Albarakbah Yakin Peminat Pilih Sebab Bakat Bukan Kontroversi

Pelakon jelita dan sensasi, Sophia Albarakbah telah tercalon dalam tiga kategori utama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-35.

Nama Sophia ‘sangkut’ dalam Top 20 bagi katagori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Aktres Filem Popular. Namanya juga tercalon untuk kategori Couple Drama Popular bersama Datuk Aaron Aziz.

Biarpun awal tahun ini nama Sophia terpalit dengan kontroversi kerana dikatakan telah mengganggu rumahtangga pasangan artis popular, namun dia percaya peminat masih lagi melihat bakatnya.

“Saya tak sangka saya akan tercalon tetapi Alhamdulillah nama saya tercalon jadi saya sangat gembira. Saya tidak letakkan harapan yang tinggi untuk menang. Tetapi jika orang di luar saya rasa saya layak untuk menang, undilah saya.

“Alhamdulillah sebab peminat kenal saya sebab bakat bukan sekadar kontroversi. Saya gembira apabila bakat saya dihargai peminat.

“Ada kontroversi atau tiada, saya percaya sebagai artis, pastinya seseorang itu akan ada peminatnya yang tersendiri,” katanya ketika ditemui di sidang media ABPBH35.

Tambah pelakon Suamiku Lelaki Pendosa ini, dia bersyukur kerana mempunyai peminat yang sangat menyokong kerjaya seninya tanpa bertanya tentang kontroversi yang melanda.

“Selepas semua yang berlaku, saya masih punya peminat yang sentiasa menyokong saya. Ada yang telah meminati saya sejak hari pertama, ada peminat-peminat yang baru juga. Tetapi semua mereka lebih gemar bercakap tentang cita-cita saya . Tak ada yang bercakap pasal kontroversi,” ujarnya.

Semoga berjaya diucapkan kepada Sophia Albarakbah.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Kembali Lagi Untuk Edisi Ke-35, Pertaruh 19 Kategori

‘Saya Masih Islam, Masih Solat Lima Waktu’ – Naufal Azrin Ulas Dakwaan Lupa Diri