Nampaknya kontroversi dengan pempengaruh media sosial yang satu ini ibarat berpisah tiada. Terbaru Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuatnaik gambar bikini merah yang disidai di balkoni.
Ameera ketika ini sedang berada di Paris kerana mengikuti lawatan bersama jenama kecantikan di sana.
Ameera Khan (@littlemisskhan) • Instagram photos and videos
Gambar yang dikongsikan kepada 1.5 juta pengikut akaun Instagramnya itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan Ameera yang disifatkan mereka seperti sudah hilang rasa malu.
Netizen juga turut mengaitkan dengan ibadah umrah yang sering dilakukan Ameera. Tidak cukup dengan itu, nama Neelofa dan PU Riz turut ‘diheret’ netizen dalam komen mereka di gambar berkenaan.
“Jangan malukan famili sendiri. Kesian yang lain berlumba-lumba buat baik. Nanti keluarga sendiri terkesan atas perbuatan kita,” komen salah seorang netizen.
Ada juga netizen yang berpendapat mungkin ini salah satu cara Ameera mahu mempromosikan bikini berkenaan kerana dia tidak boleh berkongsi gambarnya memakai bikini itu.
Apa-apa pun pastinya Ameera lebih mengetahui kenapa dia memuatnaik gambar sebegitu. Dan dia juga pasti sudah tahu apa kesannya jika dia berkongsi gambar tersebut.
GIPHY App Key not set. Please check settings