in , , ,

Anwar Ibrahim Ucap Selamat Datang Kepada Coldplay Sempena Konsert Sulung Mereka Di Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan ucapan selamat datang kepada kumpulan muzik terkenal dunia, Coldplay menerusi hantarannya di akaun media sosial.

Coldplay bakal mengadakan konsert sulung mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Kumpur pada 22 November depan.

“Coldplay, selamat datang ke Malaysia. Ayuh kita bekerjasama untuk melindungi alam sekitar dan pastikan dunia selamat,” katanya dalam vido ucapan yang dimuatnaik di akaun Instagram dan Twitter.

Pada tahun 2021, Coldplay pernah menaja ‘watercraft’ untuk membersihkan sampah daripada sungai di Sungai Klang.

Sementara itu, netizen kelihatan sangat teruja dengan kehadiran Coldplay ke Malaysia kerana sudah lama menantikan kunjungan kumpulan yang popular dengan lagu Yellow ini.

Malah menerusi komen balas yang ditinggalkan untuk Anwar, rata-rata netizen memohon agar harga rahmah diperkenalkan untuk tiket konsert ini. Malah ada juga yang sudah mula ‘request’ artis-artis antarabangsa kegemaran mereka yang lain. Antara yang paling banyak diminta oleh netizen ialah Taylor Swift dan The Weeknd.

Kumpulan Coldplay yang berasal dari London ini mula ditubuhkan pada tahun 1997 dan dianggotai oleh empat ahli iaitu Chris Martin (vokalis), Jonny Buckland (gitaris), Guy Berryman (bass), dan Will Champion (pemain dram). Sepanjang penubuhan, mereka telah menghasilkan sembilan buah album dan telah membuat siri konsert jelajah dunia sebanyak lapan kali.

Tiket untuk konsert Coldplay ini akan mula dijual pada 17 Mei 2023. Manakala untuk pemegang kad CIMB pula, boleh mula membeli pada 16 Mei 2023.

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Aaron Aziz Dikecam Netizen Gara-Gara Meletakkan Ular Sawa Di Atas Sangkar Kucing

Robert De Niro Timang Anak Ketujuh Di Usia 79 Tahun