in ,

Filem VII XII Tampilkan Heroin Tanpa Hero

Tayangan Perdana filem VII XII (Tujuh Dua Belas) terbitan Osmosis Production berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa yang lalu.

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat dengan kehebatan berlakon aksi, XII VII dipenuhi dengan aksi perlawanan yang sangat menghiburkan.

Farali Khan, Chintya Candranaya, Johan As’ari dan Adam Darwish sebagai pelakon utama, filem ini memaparkan sisi berbeza berbanding filem-filem aksi yang lain.

Barisan pelakon, pengarah dan penerbit VII XII

Kebiasaannya filem akan menampilkan hero sebagai pemeran utama dan dibantu oleh heroin dan ada juga filem yang tidak melibatkan heroin langsung.

Walaubagaimanapun, filem arahan Thorpe Ali ini menjadikan heroin sebagai pemeran utama.

Unik namun idea filem sebegini boleh dianggap sebagai baru untuk filem di Malaysia dengan aksi berlawanyang cukup puas hati untuk ditonton.

Farali dan Chintya tidak menggunakan ‘stunt double’ untuk babak-babak aksi dan semuanya dilakukan oleh mereka sendiri namun tidak pelik kerana kedua-dua pelakon ini memiliki seni bela diri.

Farali dan Chintya

Sekadar info, ini merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Thorpe Ali dan filem ini ditayangkan bermula pada 4 Mei 2023.

Master Agus sebagai Omar
Chintya menunjukkan kehebatannya menendang tong gas
Adam Darwish sebagai Adam
Farali Khan sebagai Safia
Chintya Candranaya sebagai Desi

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Fesyen Sekitar Majlis Tayangan Perdana VII XII Tujuh Dua Belas

Peminat Dari Kelantan Ugut Nak Bunuh Diri, Ingin Jadi Isteri Kedua Aiman Tino