Penyanyi rap Singapura, ABANGSAPAU tampil dengan lagu terbaru berjudul Cahaya yang juga merupakan karya tulisan sulungnya untuk tahun 2023.
Lari dari kebiasaanya yang menyajikan lagu-lagu dentuman drum trap, ABANGSAPAU diiringi dengan alunan piano dan muzik akustik dalam Cahaya.
Diterbitkan oleh Prodbydan, bersama sumbangan ahli muzik lain iaitu Akid Amir, Lucas Tee dan Ruben Lee, Cahaya membawa erti bersederhana serta mengingatkan tentang kematian dan kehilangan.
Menurutnya lagi, dia lebih fokus dan mengerjakan sesuatu dengan niat yang jelas seperti menyalurkan rasa sakit dan sedih di dalam Cahaya.
ABANGSAPAU prcaya tahun 2023 merupakan tahun dirinya berkarya dengan lebih banyak dari tahun sebelum-sebelum ini selepas dirinya meneroka sisi baru dalam pengkaryaannya.
Cahaya boleh didengarkan disemua platform muzik digital dan muzik videonya pula boleh ditonton d YouTube ABANGSAPAU.
GIPHY App Key not set. Please check settings