in , ,

Syada Amzah Hanya Mahu ND Lala Baca Surat Terbuka, Ibu Tidak Failkan Penceraian

Penyanyi, Syada Amzah sebelum ini membuat surat terbuka kepada bapanya ND Lala di Instagram yang diam membisu selepas tular isu bernikah kali kedua.

Menurut Syada, surat terbuka itu ditulis bukan untuk meraih simpati namun sekadar mahu mengucapkan ulang tahun kelahiran bapanya.

“Saya tulis surat itu kerana hari itu adalah ulang tahun ayah saya, jadi saya mahu mengucapkan selamat hari jadi kepadanya sahaja.

“Bukan seperti yang orang spekulasi dimana saya mahukan perhatian dan meraih simpati,” kata Syada.

Syada ditemukan sewaktu pelancaran Jelajah Marilah Pulang Floor 88 x Xeno yang diadakan di Skyark Event Space, Kuala Lumpur semalam.

Ditanyakan perihal ibunya Fauziah Sarman mengenai menfailkan penceraian, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu berkata ibunya tidak memfailkan penceraian seperti yang didakwa.

“Ibu saya pergi mahkamah hari itu bukan untuk memfailkan penceraian.

“Kenyataan yang keluar mengenai failkan penceraian itu bukan dari ibu saya tetapi dari ibu saudara saya.

“Sebab itu saya tidak mahu orang spekulasi dulu apabila melibatkan hal keluarga, biarkan hal ini selesai dahulu.

“Andai sudah selesai kami sendiri akan ceritakan semua supaya tidak timbul sebarang fitnah,” jelas Syada.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Raya Rempit Achey Trending Top 15 di YouTube

ABANGSAPAU Ber’Cahaya’ Di Aidilfitri