Pelakon, Datuk Aaron Aziz memberi amaran tegas kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkenaan reaksi Sharnaaz terhadap konflik yang melanda antara Aaron dan Syamsul Yusof.
Menurut Aaron, dia tidak mahu mereka yang tidak berkaitan dengan konflik itu memberi sebarang kenyataan.
“Beritahu dengan dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur,” tegasnya.
Bukan sahaja Sharnaaz, pelakon kelahiran Singapura itu juga menitip pesan kepada mereka yang lain juga untuk tidak melibatkan diri dalam isu tersebut.
“Kepada yang tidak terlibat dengan produksi, tidak perlu masuk campur atau beri kenyataan.
“Tak perlu masuk campur. Kalau nak, jumpa saya dulu,” katanya lagi.
Pelakon filem KL Gangster itu ditemui sewaktu majlis pelancaran gedung tekstil baru Jakel di Shah Alam pagi tadi.
Terdahulu, tular apabila Sharnaaz memberikan respon terhadap permintaan netizen memintanya untuk menarik diri dari filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.
Walaubagaimanapun Sharnaaz menyatakan dirinya seorang profesional dan tidak akan menarik diri meninggalkan projek separuh jalan.
Kredit foto: Saddam Yusoff, Utusan Malaysia
GIPHY App Key not set. Please check settings