in ,

Dato’ Khairul Anwar Ekpres Diri Melalui Kanvas

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Network Dato’ Khairul Anwar Salleh pulang ke Singapura bagi mengadakan satu pameran eksklusif.

Pameran eksklusif Gerakan Intuisi itu berlangsung di Suite 88, Home of Superbroadcast, Desker Road Singapura pada 5 hingga 18 Mac hari ini.

Tidak ramai yang mengetahui, beliau merupakan seorang yang berbakat dalam bidang lukisan dan antara yang membantu Singapura membentuk senario-senario kotemporari pada awal 90-an.

Dato’ Khairul sewaktu di pamera lukisannya

Menurut Khairul Anwar, seni halus membantu untuk mengekspresikan dirinya yang unik dan menjadikan intuisi debagai panduan.

“Gerak Intuisi bermaksud gerakan intuitif. Ia adalah manifestasi pengalaman, emosi dan ekspresi saya yang dilakukan melalui pergerakan pukulan di atas kanvas. Ini adalah perjalanan saya, belajar tentang rakyat saya, budaya dan politiknya”, katanya.

Pengunjung hadir melihat hasil seni yang dipamerkan

Untuk rekod, beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Curtin University serta memiliki Diploma Lukisan dari Kolej Seni La Salle pada tahun 1989.

Selain itu beliau juga sudah 25 tahun dalam industri media dan hiburan daripada seni, televisyen dan produksi pentas, kepada pengurusan kandungan dalam kedua-dua persekitaran keusahawanan dan korporat.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Da Unknown Ada ‘Cinta Hati’

MK Tertarik Jadi Duta Armaan Kerana Kisah Pengasasnya