Selepas menyertai program nyanyian Big Stage musim keempat yang lalu, nama penyanyi Syafiq Abdillah dilihat tenggelam buat seketika.
Tidak mahu dirinya dilupakan peminat, penyanyi kelahiran Brunei ini kembali dengan menampilkan lagu Kekal sebagai bukti dia masih aktif di dalam industri seni.
Lagu ini dekat dijiwa para pendengar yang kini sedang hangat bercinta kerana ianya menceritakan tentang perasaan untuk hidup bersama dengan insan tersayang untuk selamanya.
“Kekal menceritakan tentang persaan yang dirasakan oleh seseorang yang telah memahami
erti cinta yang sejati.
Ia menggambarkan keinginan untuk seseorang itu kekal dalam hidup kita and dan ingin menghabiskan seumur hidup kita bersama orang tersebut,” jelas Syafiq.
Walaupun tidak terlibat didalam proses penulisan lagu, namun Syafiq sangat teruja kerana lagu ini berbeza dengan single pertamanya.
“Ia sangat berbeza dengan karya pertama saya dulu. Saya juga sangat teruja untuk melihat
penerimaan pendengar terhadap bunyi baharu saya ini yang lebih matang dan berbeza,” kata Syafiq.
Dicipta dan ditulis oleh John Jeeves, Ikhwan Fatanna, Omar K, dan Pique, proses rakaman lagu ini mengambil masa selama satu dan ianya dirakam dipenghujung 2021.
Walaubagaimanapun, jarak masih menjadi cabaran buat penyanyi berusia 23 tahun ini memandangkan dia masih menetap di Brunei.
“Buat masa ini saya masih menetap di Brunei. Jadi jika ada sebarang kerja atau projek yang
terpaksa dilakukan saya perlu terbang ke Malaysia untuk menyiapkannya,” katanya lagi.
Muzik video Kekal yang diarahkan oleh Harith Zazman kini boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia dan boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.
GIPHY App Key not set. Please check settings