Pempengaruh yang kini melebarkan sayapnya sebagai pelakon, Ms Pui Yi kini sudah tidak lagi membuat kandungan dewasa dan akan memberi fokus kepada karier yang baru.
Menurut Pui Yi, imejnya sebagai seorang yang seksi hanya diperlihatkan apabila memegang sesuatu watak atau menyertai festival muzik yang tertentu.
“Saya boleh membawa watak sebagai seorang yang seksi tapi kalau untuk platform lain, saya sudah tidak melakukan semua itu.
“Sekarang saya lebih fokus menjadi seorang DJ kelab malam dan menjadi seorang DJ ini ada kalanya perlu tampil seksi tetapi ianya bergantung kepada festival atau acara yang saya sertai.
“Kini saya fokus kepada lakonan dan ada beberapa filem yang akan keluar. Selain DJ kelab malam, saya juga kini seorang penerbit muzik dan akan ada beberapa lagu baru akan keluar tahun ini”, kata Pui Yi.
Pui Yi ditemukan sewaktu tayangan media filem Pulau yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya.
Pelakon filem Pulau ini juga berkongsi akan pengalamannya membawa watak Kitty dalam filem tersebut sebagai menyeronokkan dan gementar dengan respons penonton.
“Pulau merupakan filem pertama saya dan ianya adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. Ini adalah kali pertama saya membuat pengambaran diluar jadi banyak cabaran yang saya perlu hadapi.
“Saya agak takut dan gementar menantikan respon penonton terhadap filem ini.
“Tapi saya percaya ramai peminat yang teruja menantikan filem Pulau ini ditayangkan pada 9 Mac nanti”, katanya lagi.
Sekadar info, Pui Yi merupakan pempengaruh kandungan dewasa yang memiliki jumlah pengikut sebanyak 21 juta di Instagram.
Walaubagaimanapun, Pui Yi mengumumkan pengundurannya dari menjadi bintang porno pada Disember yang lalu dan kini lebih fokus menjadi seorang DJ kelab malam.
GIPHY App Key not set. Please check settings