in ,

Eidolon Bayangan Dendam Guna Bakat Baru, Nama Besar Tak Jamin Filem Meletup

Dalam penghasilan filem selalunya teraju utama dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal namun lain bagi filem Eidolon Bayangan Dendam arahan Don Hoe ini.

Dibintangi oleh wajah-wajah baru, pihak produksi memutuskan untuk menggunakan bakat-bakat anak Pulau Pinang memandangkan mereka membuat pengambaran disana.

“Pengambaran filem ini dibuat di Pulau Pinang, yang mana ianya sebuah bandar yang tak banyak pelakon.

“Untuk memberi peluang kepada pelakon-pelakon yang berada di sana jadi kami buat keputusan untuk melakukan ujibakat di Pulau Pinang”, kata Don.

Menurut penerbit yang juga pelakon utama filem tersebut Julian Cheah, dia memilih bakat baru kerana berpendapat bahawa nama besar tidak menjaminkan keuntungan dan dia juga mahu memberi peluang kepada orang baru untuk menonjolkan bakat mereka.

“Nama besar tidak menjaminkan pulangan yang lumayan. Saya pernah melabur untuk pelakon-pelakon terkenal namun pulangan tidak memuaskan.

“Bila filem keluar ianya gagal. Jadi ianya tidak menjanjikan sesebuah filem itu meletup.

“Sebagai penerbit saya perlu berani mengambil risiko untuk filem ini. Saya mahu memberi peluang kepada semua orang.

“Ada orang kita tak tengok lagi bakat dia tapi sudah di label tiada bakat. Kita tak tengok lagi macam mana nak tahu dia tidak ada bakat. Jadi saya tak nak buat pada orang macam tu”, jelas Julian.

Filem Eidolon Bayangan Dendam ini dibarisi oleh pelakon-pelakon baru iaitu Julian Cheah, Chazynash, Tyty Nazmin, Faeiz, Fifi, Cik My dan ramai lagi.

Bakal bertemu penonton di pawagam pada 9 Mac, Eidolon Bayangan Dendam merupakan filem bergenre seram yang diarahkan oleh Don Hoe.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

SoundCircus Weekender Raikan Muzik Indie, Berlangsung Selama 2 Hari Berturut

Beto Kusyairi Perlu Keliru Bawa Watak Dalam Imaginur