Pelakon, Beto Kusyairi yang membawa watak sebagai Zuhal dalam filem arahan Nik Amir, Imaginur perlu berasa keliru dalam menjayakan watak tersebut.
“Saya memerlukan masa selama seminggu dua untuk memahami skrip tapi intensif secara verbal dan praktikal.
“Saya dan Nik duduk di mamak berjam-jam untuk baca skrip dari babak ke babak, Nik juga bagi penjelasan tentang kronologi dan susunan sehingga saya betul-betul faham jalan cerita.
“Apabila kita masuk ke set pengambaran, saya perlukan kekeliruan masa saya awal-awal dapat skrip dan kita gunakannya untuk watak Zuhal.
“Stress tapi itulah yang diperlukan kerana ianya membantu dalam menjayakan watak tersebut”, kata Beto.
Beto ditemui sewaktu sidang media Malam Gala Imaginur yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya.
Pengambaran filem yang ditunda selama enam bulan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Beto tidaklah mengalami anxiety yang teruk seperti yang dikatakan namun ianya membantu dalam lakonanya.
“Saya tak anxiety cuma saya terpaksa memegang watak Zuhal dalam masa enam bulan.
“Saya anggap ianya satu hikmah sebab kalau kita rehat kemudian kita buat benda lain, watak tersebut akan dicuci.
“Bila nak sambung pengambaran, dah nak kena cari balik rasa tu semula. Jadi saya anggap pandemik membantu saya pegang rasa itu”, jelas Beto lagi.
Sudah lama bertapak di dalam industri, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 itu juga tidak menghadapi kesukara dalam melepaskan watak tersebut selepas pengambaran selesai kerana tahu cara dan teknik yang betul untuk mencuci watak.
“Ia tak seteruk yang digambarkan bila kita pegang watak itu, kita juga dah faham teknik lakonan tidak seperti sewaktu awal kemunculan saya sebagau pelakon.
“Yang mana bila pegang suatu karakter, habis je pegambaran tiga bulan depresi sebab tak tahu cara cuci watak.
“Jadi dengan fasa-fasa dan pengalaman yang lalu kita dah tahu teknik jadi tiada masalah.
“Waktu pandemik saya tidaklah terlalu tertekan, cuma kita perlu ingat rasa tu.
“Saya seronok sebenarnya duduk di rumah dan ianya bukan satu isu. Tak susah nak lepaskan wwatak Zuhal”, ujar Beto.
Selain Beto, Imaginur dibintangi pelakon hebat seperti Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Datuk Afdlin Shauki Mior Hashim dan Datuk Rahim Razali.
GIPHY App Key not set. Please check settings