in

Dolla Perjuangkan M-Pop, Terharu Lagu Bantu Remaja Depresi

Kumpulan gadis popular, Dolla kembali dengan single terbaru berjudul Look At This yang tampil dengan konsep berbeza berbanding lagu-lagu yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Sepanjang empat tahun berada di dalam industri, Dolla tidak terlepas dari kecaman netizen namun empat gadis jelita ini memilih untuk melihat dari segi positif dan terus memperjuangkan genre M-Pop.

“Bagi Dolla, kami hanya melihat pada sisi positif saja, tapi untuk sisi negatif kami dengar dan cuba perbaiki mana-mana perlu”, kata Syasya salah seorang ahli kumpulan.

“Dari segi genre, kami tidaklah cuba untuk masuk dalam genre K-Pop. Kami sebenarnya mahu bangunkan genre M-Pop jadi kami cuba untuk membezakan diri kami dan harapnya orang akan nampak perbezaannya”, tambah Sabronzo.

Pelantun lagu Bad itu juga meluahkan rasa terharu apabila mereka semakin diterima oleh orang ramai dan menjadikan ianya sebagai satu motivasi untuk mereka menjadi lebih baik.

“Rasa macam tak percaya ada orang ramai mendengar lagu kami contohnya kanak-kanak suka dengan lagu Raya Raya Raya. Ia satu pengalaman berbeza tapi saya gembira bila kami dapat keluarkan lagu yang disukai ramai”, kata Sabronzo.

“Ia satu motivasi yang besar bila melihat kanak-kanak menyanyikan lagu kami. Ada remaja yang menangis datang beritahu yang mereka suka dengar lagu kami, dan ada juga yang kata ia membantu mereka dari kemurungan. Bila dengar cerita macam tu kami rasa terharu”, jelas Tabby.

Angel yang juga merupakan ahli kumpulan itu meluahkan rasa bangga apabila lagu mereka didengari oleh pelbagai bangsa dan dapat menunjukkan bahawa bahasa bukan penghalang untuk mereka melangkah kedepan.

“Saya sangat berbangga dengan Dolla sebab kami mula dari bawah sehinggalah sekarang kami mendapat tempat di dalam industri dan menjadi sesuatu untuk generasi muda sekarang.

“Saya ada kawan Cina yang tak mendengar lagu melayu atau bahasa inggeris tapi mereka dengar lagu kami.

“Seronok tengok mereka suka karya kami. Saya harap ia akan membuatkan Dolla semakin rapat dan dapat tunjukkan pada orang bahawa bahasa bukan penghalang”, luah Angel.

Single Look At This boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Manakala music videonya pula sudah boleh ditonton di laman YouTube DOLLA.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Muse Bakal Adakan Konsert, Malaysia Satu-Satunya Negara Asia Untuk Konsert Jelajah

Hafiz Mahamad Pempengaruh Gempak Most Wanted 2022