in ,

Fad Bocey Masih Rasa Arwah Abam Baru Pergi Walau Sudah 3 Tahun Berlalu

Walaupun sudah tiga tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, namun pelawak, Fad akui masih terasa akan kehilangan sahabat baiknya itu.

Menurut Fad terlalu banyak momen suka duka yang dilalui bersama sepanjang lapan tahun perkenalan mereka dan semestinya ianya satu kenangan yang sukar untuk dilupakan.

“Orang cakap saya sengaja menangis sedangkan arwah dah lama pergi tapi hakikatnya orang tak tahu apa yang saya lalui bersama arwah.

“Lapan tahun satu perjalanan yang berharga buat ini. Kami mula dengan tiada apa sampailah kami berjaya cipta nama bersama.

“Apa yang saya kongsi di TikTok baru-baru ini, itulah yang saya rasa. Masa di Maharaja Lawak Mega pun, orang kata saya sengaja nak simpati, menangis atas pentas tapi orang tak faham. 

“Dalam lapan tahun itu, setiap tiga bulan hari-hari saya jumpa dia, tapi bila sekarang naik pentas hanya ada saya dan Achey, itu yang buat kami terasa. Orang hanya nampak tiga minit kami di atas pentas,” katanya. 

Fad berkata demikian sewaktu sidang media Ubi Superstar Live yang diadakan di Mighty Monster, MyTown.

Fad bersama Ubi dan dua ahli baru Ajak dan Shuib untuk Ubi Superstar Live

Fad berkata persahabatan mereka sukar untuk digambarkan kerana mereka saling berkongsi masalah yang dihadapi bersama-sama.

“Orang luar tak tahu sejauh mana hubungan akrab antara kami bertiga. Bayangkan kami sampai tahap susah dalam keluarga pun kami kongsi. Saya tahu masalah Abam, Achey dan begitu juga mereka. 

“Walaupun tempoh tiga tahun pemergian arwah boleh dikatakan sudah lama, tapi pada saya ia seperti baru terjadi,” katanya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak dipercayai akibat demam panas pada 9 Februari 2020. 

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

LPF Lulus Filem Pulau Tapi Haram Di Terengganu. Ramai Kata Softporn. Penerbit Tanya, Sudah Tengok?

Shuib Tak Pernah Umum Keluar Sepahtu