Kumpulan quartet Blue kembali ke Kuala Lumpur selepas empat tahun dan berjaya memukau seramai 2,900 penonton di konsert ulang tahun ke-20 Heart & Soul di Dewan Plenary, KLCC Jumaat lalu.
Kemunuculan Blue disambut dengan jeritan penonton dan lagu hit Sorry Seems To Be The Hardest Word didendangkan sebagai pembuka tirai.
Ahli kumpulan Blue iaitu Simon Webbe, Lee Ryan, Duncan James dan Antony Costa meluahkan rasa teruja kerana dapat kembali membuat persembahan di Malaysia dan menzahirkan penghargaan kepada peminat yang tidak jemu menyokong sejak 20 tahun lalu.
“Selepas Singapura, kami berada di sini. Anda (penonton) yang hadir pada malam ini benar-benar hebat,” kata Simon.
Menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions, tiket laris dijual dalam masa yang singkat dan rata-rata pembeli tiket adalah dari kalangan lewat 20-an dan pertengahan 40-an.
“Seperti yang kami (Hitman Solutions & Happymoon) jangkakan jualan tiket laris dalam masa yang singkat dengan rata-rata umur pembeli dalam lingkungan lewat 20-an dan pertengahan 40-an.
Kami sangat terharu dengan respon yang amat memberangsangkan oleh peminat kerana percaturan membawa boy band dari UK iaitu Blue ternyata membuahkan hasil,” kata Rohit.
Konsert yang berlangsung selama 75 minit itu menyaksikan kelincahan Blue beraksi di atas pentas walaupun sudah dua dekad bergiat dengan mempersembahkan sebanyak 17 buah lagu kesemuanya.
Persembahan kejutan dari pelakon dan penyanyi, Diana Danielle yang tampil membuat persembahan pembukaan di konsert tersebut.
GIPHY App Key not set. Please check settings