Sambutan hebat diterima pada tahun lalu, kini Suria FM kembali lagi dengan Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang akan bermula pada 11 Februari ini hingga 4 Mac.
Membawakan tema 80an, 90an, dan Terkini, Jelajah Suria akan diadakan di empat zon dan menampilkan 40 artis terkemuka Malaysia.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Siri Jelajah Suria merupakan acara tahunan yang paling dinantikan dan acara kali ini adalah sedikit berlainan agar dapat meluaskan sasaran pendengar.
“Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar Suria FM.
“Kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan buat para pendengar.
“Jelajah kali ini menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur,” jelas DJ Lin.
Dengan pembelian barangan eksklusif Suria FM, Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000
Wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.
Jelajah Suria akan membuka tirai di Paradigm Mall, Johor Bahru, Johor pada 11 Februari ini dan menampilkan 12 artis hebat iaitu Bunga, Sissy Iman, Raja Ema, Akim and the Majistret, Luqman Podolski, Nabila Razali, Zamani Slam, Siti Nordiana, Elly AXL, Insomniack, Alyph dan Shidee.
Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:
Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia
GIPHY App Key not set. Please check settings