in ,

Aliff Aziz Sahkan Sophia AlBarakbah Penganggu Rumah Tangganya

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz akhirnya mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga seperti yang didakwa oleh isterinya, Bella Astillah ialah Sophia AlBarakbah.

Walaupun enggan menyebut nama pelakon wanita tersebut, namun Aliff percaya orang ramai sudah dapat meneka siapakah gerangan aktres tersebut kerana kriteria-kriteria yang diberikan sangat sepadan dengan Sophia.

“Saya rasa tidak perlu saya sebut siapa nama pelakon wanita tersebut sebab ramai sudah tahu. Saya hanya buat satu drama sahaja sekarang. Heroin saya juga ada satu sahaja. Jadi orang pun dah boleh faham siapa dia.

“Isteri saya pun tidak menyebut mana-mana nama, jadi lebih baik kita biarkan perkara itu begitu sahaja.

“Saya juga tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tidak akan melenting kalau tak betul,” kata Aliff.

Aliff ketika ditemui di sidang Media Ku Akad Kau Dengan Bismilah

Tambah Aliff lagi, dia tidak menafikan yang kontroversi itu terjadi disebabkan oleh kekhilafan dirinya sendiri yang alpa dalam menjaga ikhtilat.

“Tiada siapa sangka perkara ini akan jadi sampai ke tahap ini. Saya anggap ini teguran buat saya kerana adakalanya saya lalai menjaga iktilat ketika menjalani penggambaran.

“Oleh kerana pada awal penggambaran tiada sesi bacaan skrip, kami seolah-olah terbawa dengan perasaan ketika berlakon,” ujarnya lagi.

Aliff yang enggan memanjangkan isu tersebut menghormati permintaan Bella untuk tidak lagi berganding dengan pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu.

Demi menjernihkan kembali kontroversi yang melanda, aktor kelahiran Singapura itu berharap agar Sophia dapat tampil memberikan penjelasan.

“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan. Apa pun, terpulang kepada dia.

“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” jelas Aliff.

Pelantun lagu Sayang Sayang itu ditemui sewaktu sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Park 28, Mutiara Damansara, hari ini.

Walaubagaimanapun, heroin drama tersebut tidak menghadirkan diri disaat-saat akhir atas alasan sedang menjalani pengambaran di Jakarta.

Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah akan ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula pada 6 Februari ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ayda, Fyna Kali Kedua Duo of The Week, Keputusan Penuh Minggu Separuh Akhir

Bella Astillah Dedah Perbualan Whatsapp Bersama Sophia AlBarakbah