in , ,

LOLLOL

Siti Sisters Menang Lagi, Sangka Semua Peserta Berpeluang Jadi Duo Of The Week

Peserta Famili Duo musim ke-2, Siti Saida dan Siti Sairah tidak menyangka merangkul gelaran ‘Duo of The Week’ sekali lagi pada minggu ke-6.

Menurut pasangan adik beradik ini, mereka menyangkakan peserta lain akan menang kerana berpendapat bahawa semua peserta akan diberikan peluang menjadi juara mingguan.

“Memang tak sangka, kami memikirkan mungkin Sabhi sebab pada pemikiran kami mungkin semua peserta akan dapat merasa menjadi juara mingguan,” kata Sairah.

Berbaki satu minggu sahaja lagi untuk melayakkan diri ke final namun markah pasangan ini dilihat masih jauh ketinggalan dari peserta lain.

Tidak memikirkan sama ada layak ke final atau tidak, adik kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu menjanjikan usaha yang sehabis baik dan berserah kepada rezeki.

“Kami akan buat yang sehabis baik untuk baki satu minggu ini. Dapat atau tidak kami tidak fikir kerana itu semua rezeki daripada Allah.

“Apa yang kami target ialah ‘do or die’ seperti yang abang ipar saya nasihatkan,” jelas Sairah lagi sewaktu sidang media Famili Duo di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Siti Sisters memecah rekod Famili Duo musim ke-2 apabila menjadi juara mingguan untuk 2 minggu berturut-turut

Jangan ketinggalan untuk mengikuti persembahan mingguan mereka iaitu Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anthony Loke Kagum AirAsia Realisasikan Penerbangan Tambang Rendah Sempena Musim Perayaan

Anak Salem, Syafiq Berdebar Menanti Kelahiran Anak Sulung