in

Anthony Loke Kagum AirAsia Realisasikan Penerbangan Tambang Rendah Sempena Musim Perayaan

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina Syarikat penerbangan, Airasia menawarkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap dan mencatat muatan 100%.

Penumpang penerbangan tambahan itu disambut meriah oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) dan berlepas dari Kuala Lumpur ke Kuching pada 12.10 pagi hari ini.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, dia berharap Airasia dapat memberi lebih banyak inisiatif yang sama mencadangkan pemain industri lain untuk mengikutinya

Walaubagaimanapun Anthony kagum dengan dedikasi yang dicurahkan oleh Airasia yang merealisasikan penerbangan tambang tetap dan menyokong usaha kerajaan memastikan tambang rendah dan berpatutan semasa musim perayaan.

Anthony Loke menyambut penumpang pesawat

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu tetap komited untuk mengutamakan para tetamu dengan menawarkan penerbangan tambahan istimewa pada tambang rendah tetap walaupun masih menghadapi beberapa cabaran sama seperti syarikat penerbangan lain berikutan pandemik.

Penerbangan istimewa ini tersedia untuk 10 laluan antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Sabah, Sarawak dan sebanyak 38 penerbangan merekodkan muatan 100% pada minggu akan datang.

Sempena musim perayaan , Airasia Malaysia mengendalikan sebanyak 314 penerbangan mingguan selain 68 penerbangan tambahan istimewa.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tidak Lupakan Momen Indah Di Malaysia, Blue Adakan Konsert Februari Ini

Siti Sisters Menang Lagi, Sangka Semua Peserta Berpeluang Jadi Duo Of The Week