in ,

Bersiaran Di Atas Kapal, Suria FM Cipta Rekod MBOR

Stesen radio Suria FM mencipta sejarah Malaysia Book of Record (MBOR) apabila menjadi stesen radio pertama yang membuat siaran langsung di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream .

Rekod tersebut berjaya dicipta melalui segmen Morning Morning Suria dibawah kelolaan Suraya, Ajak dan Shuib yang bersiaran selama dua jam dengan bertemakan Membelah Samudera bermula pada pukul 8 pagi hinga 10 pagi.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin siaran ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun Suria FM yang ke-15, malah ia juga meraikan kejayaan stesen radio itu menduduki kelompok tiga teratas stesen radio bahasa Melayu paling popular di Malaysia.

“Alhamdulillah, ini adalah pembukaan tahun baharu yang sangat bermakna bagi kami dalam memastikan momentum stesen radio ini terus berada dekat di hati peminat.

“Secara peribadi, saya memang berhasrat mencipta sejarah dalam MBOR selepas dilantik sebagai sebagai Pengurus Besar sejak 2018.

“Syukur akhirnya tahun ini tercapai juga hasrat dengan berkat sokongan warga kerja kami.

“Justeru, hari ini sejarah tercipta. Alhamdulillah perancangan selama ini berjaya dilaksanakan bersempena dengan sambutan ulang tahun Suria FM ke-15 November lalu,” katanya.

Selain penyampai segmen Morning Morning Suria, tetamu istimewa seperti Siti Nordiana, AMir Masdi dan Andi Bernadee juga turut hadir memeriahkan siaran tersebut.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Zali Rusli Selesa Nyanyikan Lagu Ciptaan Sendiri

9 Tahun Bertahan Akhirnya Puteri Sarah Failkan Penceraian