in ,

9 Tahun Bertahan Akhirnya Puteri Sarah Failkan Penceraian

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendaftarkan tuntutan cerai pada hari ini terhadap suaminya pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tanggal 7 Mac sebagai sebutan pertama untuk tuntutan cerai aktres itu.

Menurut Sarah, tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah adalah signifikan buatnya kerana keesokan harinya iaitu 8 Mac merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.

“Alhamdulillah, syukur dan lega segala permohonan cerai dari pihak saya berjalan lancar. Cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya tiada rezeki sudah,” katanya.

Keputusan itu diambil selepas ibu kepada dua cahaya mata ini berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan dan berfikir dengan teliti.

“Sarah sudah pun melakukan tanggungjawab sebagai isteri dan telah berbincang dengan keluarga setelah bertahan selama ini.

“Jadi Sarah rasa inilah keputusan yang terbaik,” jelas Sarah.

Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 10:25 pagi bersama peguam syarie, Datuk Akberdij Abdul Kadir.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bersiaran Di Atas Kapal, Suria FM Cipta Rekod MBOR

Konsert Patah Hati Tampilkan 6 Penyanyi Hebat Malaysia