Penyanyi, Fyna Jebat akhirnya menamatkan teki-teki apabila mengakui dirinya sudahpun bernikah bersama bekas pengurus pasukan Penang FC iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.
Meluahkan rasa syukur dan berterima kasih diatas sokongan yang diberikan, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat itu juga memohon doa untuk dirinya dan keluarga.
“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang telah memberikan komen yang baik-baik.
“Jadi saya mengharap anda mendoakan saya, keluarga dan tidak lupa mendokan kami di Famili Duo,” dedah Fyna.
Walau bagaimanapun, adik kepada penyanyi Ayda Jebat itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkahwinannya.
Berita gembira itu dikongsi usai sahaja program Famili Duo Musim ke-2 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
GIPHY App Key not set. Please check settings