Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengakui sudah pun bernikah secara sah bersama Ira Kazar hari ini 6 Januari 2022 di Thailand.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Syamsul mendedahkan pernikahan mereka berwalikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon komedi terkenal Kazar Saisi.
“Alhamdulillah syukur, Saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan oleh ayahnya sendiri.
“Saya telah menikah di Thailand atas sebab-sebab tertentu yang boleh memudahkan beberapa perkara.
“Ya, ianya telah didaftarkan syukur Alhamdulillah,” jelasnya di melalui video Instagram.
Anak kepada pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu juga menjelaskan bahawa dia dan Puteri Sarah masih lagi berstatus suami isteri dan mengharapkan agar isteri pertamanya itu pulang ke rumah untuk meleraikan konflik yang dihadapi.
“Puteri Sarah masih lagi isteri saya dan kepada Puteri Sarah saya mengharapkan untuk dia pulang.
“Pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah kita dan tidak perlu dihebahkan di media sosial.
“Pulanglah dan bawa kembali anak-anak kita balik dan berbincang apa saja masalah kita, kita berbincang di rumah.
“Kita selesaikan tanpa perlu kita menghebahkan ataupun mengaibkan saya atau apa saja dan saya masih suami awak.
“Sudah-sudahlah bawa anak kesana-kemari, tanpa meminta keizinan suami, saya masih suami lagi,” rayu Syamsul mengharapkan kepulangan Sarah.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4.
GIPHY App Key not set. Please check settings