in ,

Media Online Salah Lapor, Janji Tak Tulis Fasal Dr Amalina Lagi

Sebuah portal media dalam talian, Oh! Media membuat permohonan maaf secara terbuka kepada doktor bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri semalam ekoran daripada satu artikel mengenai sunat bagi bayi perempuan.

Permohonan maaf itu dibuat selepas peguam Nur Amalina mengemukakan surat saman kepada media tersebut meminta agar artikel itu diturunkan selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Dalam surat saman saya, saya hanya memohon agar tabloid-tabloid ini menurunkan artikel-artikel tersebut, tidak lagi memaparkan berita berbentuk sensasi sebegini terhadap saya pada masa hadapan dan agar mereka memohon maaf kepada saya secara terbuka dalam 7 hari.

“Saya tidak menuntut sebarang wang ringgit kerana ini bukan tujuan saya. Saya juga tidak ingin kes ini berlanjutan ke mahkamah jika pihak2 boleh memberikan kerjasama,” jelas Amalina di Twitter miliknya.

Menurut pengarah Oh! Media Sdn Bhd, Khai Hassan, artikel tular tersebut telah pun diturunkan dan berjanji tidak mengeluarkan artikel yang berunsur sensasi terhadap Nur Amalina.

“Artikel tersebut telah dipadam dari pembacaan umum pada 15 Disember 2022 dan tidak mungkin akan diterbitkan semula. Ini termasuklah di semua platform media sosial milik Oh! Media.

“Kami dengan hati yang terbuka menerima setiap teguran yang dibuat Dr. Nur Amalina Che Bakri di Twitter dan menyesali akan apa yang telah berlaku.

“Barisan penulis telah diberikan teguran serta nasihat untuk meningkatkan lagi penelitian dalam setiap artikel yang ditulis pada masa akan datang agar tidak lagi menghasilkan artikel dengan tajuk yang mengundang respon negatif dikalangan netizen di masa hadapan. Kami juga akan lebih teliti serta berhati-hati dalam usaha untuk menapis semua komen dari netizen dengan lebih baik.

“Kami juga berjanji tidak lagi akan menerbitkan sebarang artikel sensasi yang berkaitan dengan Dr. Nur Amalina Che Bakri pada masa akan datang,” jelasnya di dalam permohonan maaf tersebut.

Imbas kembali, Dr Amalina Bakri sebelum ini menjelaskan mengenai khitan melalui Instagram miliknya namun tular apabila isu tersebut dijadikan bahan berita portal media dan menggunakan tajuk utama yang sensasi.

Ekoran dari insiden itu, doktor pakar kelahiran Malaysia itu bukan sahaja menerima kecaman daripada netizen malah bayi perempuannya yang baru berusia sembilan minggu itu juga turut menjadi mangsa komen lucah dan tidak senonoh.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Giliran Zaki Yamani & Yamani Abdillah Juara Mingguan Famili Duo 2

Persoalan Terjawab, Syamsul Yusof Mengaku Kahwini Ira Kazar